sahabat

hai apa khbar semua :)
sihat?? alhamdulilah.. well nie post yang ke-2 untk hari ini (peace)..
sebenarnya lama sangat tak buat post rasa macam dah tak reti nak buat ayat macam mana..sometimes ejaan pon kadang-kadang banyak salah huhuhu...
well post kali nie copy paste jek.. well nak  share kat korang tentang ''sahabat''

Sebaik-baik sahabat adalah yang sentiasa bersama walau apa jua keadaan. Baik sukar mahupun di waktu senang, dia tetap bersama kita. 


Sesungguhnya Islam sangat-sangat mementingkan persahabatan. Kerana dengan persahabatan itu dapat menguatkan lagi Islam di dalam diri dan dapat mengukuhkan lagi rantai dakwah yang ada.

sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

Antara ciri-ciri sahabat yang baik di dalam Islam antara ialah, apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.

Imam al-ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Semoga menjadi sahabat yang paling baik. InsyaAllah~


No comments: